Sejarah IKBNSI...

Penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mula dirancang pada awal tahun 1996 di atas sebidang tanah seluas 50 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah. Lokasinya terletak di KM 36 dari bandaraya Ipoh berhampiran laluan utama Ipoh/ Lumut. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 Jun 1996, siap dibina pada 15 September 1998 dan diserahkan milik oleh pihak JKR pada November 1998.

seterusnya...


IKBNSI mula beroperasi pada 25 Januari 1999 dan telah sempurna dirasmikan oleh Y.B Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Zabri Bin Min, ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 11 November 1999 mewakili Y.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin B. Haji Yasin Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini merupakan salah sebuah institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektronik pada peringkat awal operasinya. Mengikut perancangan dan seiring dengan perkembangan dunia semasa, Institut ini memperluaskan latihannya dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektrikal dan Mekanikal Teknologi Maklumat (IT). Semua bidang latihan yang disediakan adalah pada tahap 1 hingga 4 (Diploma) mengikut piawaian kemahiran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kebangsaan. Institut ini memberi latihan kemahiran, kemudahan tempat tinggal , makan, minum, pakaian seragam, pakaian sukan dan kasut k secara percuma kepada semua pelajar. Institut ini telah dianugerahkan sijil ISO MS 9002:1994 pada 18 Jun 2002 oleh pihak MAMPU.

14 Ogos 2008

Lanskap terbaru IKBNSI

Penambahbaikkan lanskap IKBNSI sentiasa diusahakan dari masa kesemasa demi menceriakan pemandangan dan memberikan suasana pembelajaran yang kondusif kepada semua pelajar. Terima kasih kepada pihak KBS diatas peruntukkan yang disediakan.

Hadapan pejabat pentadbiran

Pelajar berihat di kerusi batu di tepi bahagian Bina Insan.

Wakaf di hadapan kantin pejabat...

Lorong pejalan kaki di tepi pejabat pentadbiran...

Laman herba di tepi pejabat pentadbiran



Pejabat pentadbiran

Lorong pejalan kaki ke makmal IE
Dataran di kawasan "square" IKBNSI
"Square"IKBNSI ...pusat utama lanskap...

Taman dan Wakaf berhampiran dewan makan pelajar

Surau boleh menampong 800 jemaah..
Pintu masuk utama
Kawasan hadapan pejabat pentadbiran....


Tiada ulasan: