Sejarah IKBNSI...

Penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mula dirancang pada awal tahun 1996 di atas sebidang tanah seluas 50 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah. Lokasinya terletak di KM 36 dari bandaraya Ipoh berhampiran laluan utama Ipoh/ Lumut. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 Jun 1996, siap dibina pada 15 September 1998 dan diserahkan milik oleh pihak JKR pada November 1998.

seterusnya...


IKBNSI mula beroperasi pada 25 Januari 1999 dan telah sempurna dirasmikan oleh Y.B Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Zabri Bin Min, ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 11 November 1999 mewakili Y.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin B. Haji Yasin Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini merupakan salah sebuah institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektronik pada peringkat awal operasinya. Mengikut perancangan dan seiring dengan perkembangan dunia semasa, Institut ini memperluaskan latihannya dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektrikal dan Mekanikal Teknologi Maklumat (IT). Semua bidang latihan yang disediakan adalah pada tahap 1 hingga 4 (Diploma) mengikut piawaian kemahiran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kebangsaan. Institut ini memberi latihan kemahiran, kemudahan tempat tinggal , makan, minum, pakaian seragam, pakaian sukan dan kasut k secara percuma kepada semua pelajar. Institut ini telah dianugerahkan sijil ISO MS 9002:1994 pada 18 Jun 2002 oleh pihak MAMPU.

29 Julai 2009

Aktiviti turun Padang ke aspuri dan dewan makan 20 Julai 2009

Makan tengahari bersama Ketua Bahagian Pentadbiran dan pelajar di dewan makan pelajar........sedap tiada masaalah..........

Pelajar lelaki masuk laluan tempat wanita ......sesuatu yang perlu dibetulkan
Beratur mengambil makanan....

Lawatan mengejut ke tandas asrama wanita......ada perkara yang perlu dibaiki.....


Terdapat beberapa pelajar yang membawa kasut kedalam dewan makan yang perlu diambil tindakan.

28 Julai 2009

Keratan akbar tentang IKBN Seri Iskandar (Utusan 10 Jul 2009)

Sila 'click' pada gambar tersebut untuk dibesarkan.

Pihak Utusan Malaysia "Yo" baru-baru ini telah menghubungi IKBNSi untuk mengeluarkan keratan akbar tersebut untuk makluman semua pembaca. Sila 'click' pada gambar tersebut untuk dibesarkan.

26 Julai 2009

Program Retreat KBS bersama YB Menteri di Genting

Di antara pegawai kanan KBS yang terlibat menikmati makan malam......


Sempat bergambar dengan Y.Bhg. Datuk Nik Mahmud..... terima kasih. Apa rahsia Datuk sentiasa nampak muda ? selalu senyum kot....






Makan bersama YB Menteri....



2 Borhan pakar bowling........

Bersama Tuan TKSU dan Dato Azhar di Genting Bowl




06 Julai 2009

Kemasukkan Pelajar Baru sessi 2/09











Hari ini 6 jul 2009 kemasukkan pelajar-pelajar baru IKBN Seri Iskandar. Dijangkakan seramai 95 orang pelajar akan mendaftar dari seluruh Malaysia untuk mengikuti kursus Eletronik dan Audio Video. Namun demikian masih terdapat beberapa kekosongan dan kepada sesiapa yang berminat sila hubungi pihak IKBN Seri Iskandar 05 3711300. Disamping itu pengambilan kali ini ditambah dengan kursus baru iaitu Jahitan pakaian wanita seramai 20 orang.