Sejarah IKBNSI...
Penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mula dirancang pada awal tahun 1996 di atas sebidang tanah seluas 50 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah. Lokasinya terletak di KM 36 dari bandaraya Ipoh berhampiran laluan utama Ipoh/ Lumut. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 Jun 1996, siap dibina pada 15 September 1998 dan diserahkan milik oleh pihak JKR pada November 1998.
seterusnya...
IKBNSI mula beroperasi pada 25 Januari 1999 dan telah sempurna dirasmikan oleh Y.B Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Zabri Bin Min, ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 11 November 1999 mewakili Y.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin B. Haji Yasin Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini merupakan salah sebuah institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektronik pada peringkat awal operasinya. Mengikut perancangan dan seiring dengan perkembangan dunia semasa, Institut ini memperluaskan latihannya dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektrikal dan Mekanikal Teknologi Maklumat (IT). Semua bidang latihan yang disediakan adalah pada tahap 1 hingga 4 (Diploma) mengikut piawaian kemahiran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kebangsaan. Institut ini memberi latihan kemahiran, kemudahan tempat tinggal , makan, minum, pakaian seragam, pakaian sukan dan kasut k secara percuma kepada semua pelajar. Institut ini telah dianugerahkan sijil ISO MS 9002:1994 pada 18 Jun 2002 oleh pihak MAMPU.
30 Ogos 2008
Pertandingan Johan Kemahiran dan inovasi di IKBN Chembong, N. Sembilan.
25 Ogos 2008
Majlis Perundingan Belia Negeri Perak
Pada hari ahad 24 Ogos 2008, program ini telah dijadualkan. Semua agensi berkaitan dengan belia telah di jemput. Tetapi dilihat kurang penglibatan IPTA dan IPTS yang hadir,(mungkin pemilihan hari ahad kurang sesuai ). Pihak JBS perlu berbuat sesuatu, kerana dari sanalah ramai belia2 yang berpotensi dan berbakat untuk meneraju belia masa depan... Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak tempat berlansung.....
Majlis dipengerusikan bersama Pengarah JBS Perak dan Pengerusi MBM Perak , Saudara Hang Tuah sedang berucap....saudara ...hang Jebat...
Para wakil dari MBM...yang banyak disebut ....kurang peruntukan untuk persatuan Belia...dan kenapa Rakan Muda diberi peruntukan besar !!! Tuan2....jangan dok harap sangat la bantuan gomen tu.....belajo2 la cari duit sendiri....kan namanya persatuan...
wakil ABIM..........pandangannya baik & patut di berikan perhatian.
21 Ogos 2008
Pertandingan Tilawah, Nasyid dan pidato antara IKBN Se Malaysia
Pengarah Pembangunan Kemahiran Tn Hj. Saari disambut di hadapan pejabat...
Johan Nasyid mempersembah.....
Bangunan masjid IKBN Pagoh
Pejabat utama IKBN Pagoh..........
Citra IKBNSI di Komplek Sukan Taiping
Komplek Sukan Taiping tempat berlansung program tersebut sebelum mereka dibawa ke IKBNSI untuk program seterusnya dan juga majlis penutup.
Gim antara kelengkapan yang terdapat di sini....
Asrama tempat peserta menginap......
Kemah juga disediakan kerana bilangan dorm tidak mencukupi
Dewan serbaguna.....
14 Ogos 2008
Lanskap terbaru IKBNSI
Hadapan pejabat pentadbiran
Wakaf di hadapan kantin pejabat...
Lorong pejalan kaki di tepi pejabat pentadbiran...
Laman herba di tepi pejabat pentadbiran