Sejarah IKBNSI...

Penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mula dirancang pada awal tahun 1996 di atas sebidang tanah seluas 50 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah. Lokasinya terletak di KM 36 dari bandaraya Ipoh berhampiran laluan utama Ipoh/ Lumut. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 Jun 1996, siap dibina pada 15 September 1998 dan diserahkan milik oleh pihak JKR pada November 1998.

seterusnya...


IKBNSI mula beroperasi pada 25 Januari 1999 dan telah sempurna dirasmikan oleh Y.B Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Zabri Bin Min, ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 11 November 1999 mewakili Y.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin B. Haji Yasin Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini merupakan salah sebuah institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektronik pada peringkat awal operasinya. Mengikut perancangan dan seiring dengan perkembangan dunia semasa, Institut ini memperluaskan latihannya dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektrikal dan Mekanikal Teknologi Maklumat (IT). Semua bidang latihan yang disediakan adalah pada tahap 1 hingga 4 (Diploma) mengikut piawaian kemahiran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kebangsaan. Institut ini memberi latihan kemahiran, kemudahan tempat tinggal , makan, minum, pakaian seragam, pakaian sukan dan kasut k secara percuma kepada semua pelajar. Institut ini telah dianugerahkan sijil ISO MS 9002:1994 pada 18 Jun 2002 oleh pihak MAMPU.

04 November 2009

PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK (2Y)

Kursus Basic Hydraulic System yang dikendalikan En. Bala yang akan diadakan pada 05 dan 06 Disember akan ditangguhkan sehingga tahun depan. Kami memohon maaf atas sebarang kesilapan yang berlaku.


03 November 2009

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Perlawanan bola sepak persahabatan di antara IKBN Seri Iskandar dengan Institut Pertanian Bota telah dilangsungkan pada 22 Oktober yang lalu. Perlawanan bola ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim antara kedua-dua institut. Perlawanan ini telah di adakan di padang IKBN Seri Iskandar. IKBN Seri Iskandar yang menyarung jersey kuning segak beraksi di padang. Pihak lawan menyarung jersey hitam telah memberi asakan bertubi-tubi pada IKBN Seri Iskandar. Setelah beraksi selama 90 minit tuah menyebelahi Tuan Rumah dengan mata 1 - 0. Tahniah kepada pemain kita. Diharap dengan adanya aktiviti seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pihak.