Sejarah IKBNSI...

Penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mula dirancang pada awal tahun 1996 di atas sebidang tanah seluas 50 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah. Lokasinya terletak di KM 36 dari bandaraya Ipoh berhampiran laluan utama Ipoh/ Lumut. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 Jun 1996, siap dibina pada 15 September 1998 dan diserahkan milik oleh pihak JKR pada November 1998.

seterusnya...


IKBNSI mula beroperasi pada 25 Januari 1999 dan telah sempurna dirasmikan oleh Y.B Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Zabri Bin Min, ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 11 November 1999 mewakili Y.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin B. Haji Yasin Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini merupakan salah sebuah institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektronik pada peringkat awal operasinya. Mengikut perancangan dan seiring dengan perkembangan dunia semasa, Institut ini memperluaskan latihannya dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektrikal dan Mekanikal Teknologi Maklumat (IT). Semua bidang latihan yang disediakan adalah pada tahap 1 hingga 4 (Diploma) mengikut piawaian kemahiran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kebangsaan. Institut ini memberi latihan kemahiran, kemudahan tempat tinggal , makan, minum, pakaian seragam, pakaian sukan dan kasut k secara percuma kepada semua pelajar. Institut ini telah dianugerahkan sijil ISO MS 9002:1994 pada 18 Jun 2002 oleh pihak MAMPU.

19 Oktober 2008

Majlis Khatam Quran IKBNSI bersama JBS Perak. Program Rakan Muda Bertadarus.

Pada 24 Ramadan 1429 pihak IKBNSi telah bekerjasama dengan pihak JBS negeri Perak dan MBM menganjurkan Majlis Khatam Quran IKBNSI bersama JBS Perak sempena Program Rakan Muda Bertadarus. Program berlansung di surau IKBNSI. Terima kasih kepada pihak KBS dan JBS atas kerjasama. Seramai 700 orang belia luar dan pelajar IKBNSI telah terlibat dalam program ini. Majlis bermula sekitar 4.00 petang dengan ceramah, majlis khatam, tahlil, berbuka dan makan malam serta sembahyang sunat terawih. YB. Ahli parliman Parit YB Nizar telah sudi hadir untuk majlis perasmian. Terima kasih YB. dan semua yang terlibat.Semoga Allah membalas jasa murni tuan2....AMIN.










Selamat berpisah Pn. Norkiah dan Selamat datang En. Fairul Rafiq b. Ahmad Zawawi

Pada 15.10.08 Pen. Pegawai Tadbir IKBNSI Pn. Norkiah bt. Hj. Shaari telah bertukar ke AG Ipoh dan tempatnya telah diganti oleh En. Fairul Rafiq b. Ahmad Zawawi dari SUK Perak. Terima kasih banyak kepada Pn. Norkiah atas jasa yang telah dicurahkan kepada IKBNSI dan semoga akan terus cemerlang di tempat baru. Kepada En. Fairul Rafiq b. Ahmad Zawawi selamat datang dan semoga dapat sejahtera bekerja bersama dalam keluarga baru IKBNSI...! Semoga Allah bersama kita semua... AMIN.......

Pn. Norkiah bt. Hj. Shaari

En. Fairul Rafiq b. Ahmad Zawawi